CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, March 26, 2011

SAHABATku SAyang...^_^


Sahabatku sayang ....

Disaat aku warkah ini ku ukirkan, terselit rasa cemburu yang tidak jelas bukan ingin kau musnah, tapi aku bimbang hatimu akan hancur kerana sesuatu yang tidak pasti walau tiada insan tersayang disisimu menghalangi kerana itu terselit rasa ragu apakah aku salah.

Sahabatku sayang....

Warkah ini ku hadirkan walau tidak dilayang padamu secara langsung ku sangat mengharapkan kau mengerti. Cemburu ini hadir kerana tidak mahu kau hancur.Cemburu ini hadir kerana kau sahabat tersayang yang ku harapkan kehadiranmu berkumpul bersama di perkampungan akhirat. Dan hadirnya dirimu dalam episod kehidupanku sebagai insan yang akan menolak ku ke syurga, bukan insan yang akan aku musuhimu diakhirat sana kerana menjaga hatimu disini. Tapi aku masih ragu apakah benar cemburu yang ku rasakan ini salah?

Sahabatku sayang....

Ku beranikan diri melakar lukisan hati melalui warkah ini agar kau mengerti. Realiti kehidupan dunia ini sangat menyakitkan. Keindahan yang kita rasakan ini sementara bahkan ia Cuma menipu untuk kita terus lalai dari misi sebenar hadirnya kita disini, didunia penuh pembohongan ini. Hati ini sangat cemburu andai kau memandang remeh pada sesuatu yang harus kau letakkan pada tempatnya. Aku ingin kau gembira sahabatku sayang.

CUMA ITU...

Sahabatku sayang...

Maafkan aku andai kehadiranku dalam hidupmu membuatkan engkau menyesal. Sungguh aku merasakan hal yang sama apabila tidak menghargaimu suatu ketika dulu. Lalu hadirnya dia dalam persahabatan kita merubah semuanya. Walau janjimu antara aku dan dia keduanya penting namun hati kecil ini tidak mahu memahami. Apatah lagi walau Cuma perasaan yang kau serah padanya dia masih tidak halal buatmu, sungguh hatiku merasa cemburu. Aku inginkan hadirnya dia dalam hidupmu mendapat redha dari Dia yang menciptakan kita. Sahabatku sayang Aku tidak membenci dirinya.

Siapa aku untuk menilai apakah dia baik atau tidak untukmu sedangkan Allah tahu semuanya. Cuma aku ingin kau mengerti, persahabatan yang telah lama dibina membuat aku merasa cemburu kerana aku sangat takut dia mempersiakanmu walau engkau begitu merasakan hatimu dekat padanya dan insan tersayang disekelilingmu menyenangi dia, namun tidak bagiku selagi tiada akad yang terlafaz olehnya.

Sahabatku sayang....

Halalkan ikatan ini jika mampu kau segerakan. Agar tersirna resah cemburu yang kurasakan. Kerana ku mengharap kebahagian mu teman. Kebahagian yang kekal dunia akhirat. Juga kebahagian yang dilimpahkan keberkatan pada perhubungan yang abadi...

Saturday, February 12, 2011

Mutiara Kata Cinta


Assalamualaikum sahabat sekalian, lama sungguh saya tidak mengupdate blog ini...
tergerak malam ni nak post something tentang cinta...


"Apabila manusia gagal mencintai Tuhannya, maka cinta sejati tidak akan ditemuinya.

Anda sebenarnya silap dan terperangkap apabila persahabatan dan semangat setiakawan yang terbina bertahun-tahun berakhir dengan ungkapan cinta.

Cinta yang tulus ikhlas lahir daripada sikap, perbuatan dan tindakbalas yang dipamerkan oleh seseorang, bukannya dari kata-kata bermadah walaupun terlalu indah.

Orang yang terlalu banyak berjanji semasa bercinta adalah orang yang keliru dengan perasaannya sendiri.

Cinta memerlukan keikhlasan dan kejujuran dan bukannya pengorbanan membuta tuli. Mereka yang sanggup berkorban demi cinta adalah orang yang tidak pernah memahami erti cinta sebenar.

Anda sebenarnya tidak pernah jatuh cinta atau dicintai sekiranya anda mengatakan sering gagal dalam percintaan.

Kecacatan cinta bukannya terletak atas sebab ‘Cinta Itu Buta’ tetapi disebabkan mereka yang selalu mempermainkan cinta.

Anda adalah insan yang kecewa sebelum waktunya sekiranya anda sering mengucapkan “Aku Cinta Padamu” dan “Adakah Kau Mencintaiku?”

Cinta adalah anugerah Tuhan, mereka yang menerima dan mengalaminya tidak pernah menyedari bahawa dia telah jatuh cinta kepada seseorang.

Selain itu, Ada satu puisi tentang cinta....seperti...:-

Cinta perlu berhati-hati
Cinta perlu menjaga diri
Cinta rindukan kepastian
Cinta bencikan kesangsian
Cinta perlukan kawan

Cinta itu janji setia
Cinta untuk selama-lama
Cinta suatu pengorbanan
Cinta satu kepasrahan
Cinta perlukan teman

Insan oh insan
Takkan hidup tanpa cinta
Insan oh insan
Segala tercipta kerana cinta

Cinta punya harga diri
Cinta bersemangat murni
Cinta perlukan keikhlasan
Cinta suatu perjuangan
Cinta perlu kasih sayang

Sunday, January 16, 2011

~~ 9 jEnis Anak SyaiTaN.. ...

Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat: 9 jenis anak syaitan

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggodasupaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth : disko, kelab mlm & kempat yg ada minuman
keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...) Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

Dan yang akhir-akhir ni yang paling teruk!
(SCROLL DI BAWAH)..

10. Isetan.
Sebuah pasaraya yg terkemuka di seluruh duniawi. Terdapat di sekitar Lembah Klang, Singapore, Beijing &.....

Kebaikan : Memberi potongan harga pada Karnival jualan.

Keburukan : Melalaikan manusia bershopping sehingga lupa waktu sembahyang dan lupe yg lakinya dah tunggu kat kereta.

Pesanan : Shopping tu agak2 sikit, jangan sampai berlebih2an pulak.Membazir itulah sebenarnya amalan Syaitan.

11. Hindusetan
Nie mereka2 yg menonton criter hindustan, sampai masuk waktu
sembahyang,maseh menyonggol depan tv.....kapala keluar tanduk, tak sedar.......jadi lah hindusetan !!!

12. Santan
Yang ini aje nampaknya.... berguna sedikit untuk masak kari dan masak lemak.

Ha..tapi tak tau..banyak santan ni naik arr kolesterol pastu dpt
penyakit kronik seperti darah tinggi dan sakit jantung...hmmm...;)

Tuesday, January 11, 2011

Isu panazzzz....

Bagi yang sedang bercinta / jatuh hati pada seseorang tapi xmampu nak berkahwin, tolonglah bace yee… (Isu panazzz…) hehe..



by Hafizul Sobrie on Friday, December 31, 2010 at 10:46am

1. Saya da jatuh hati kat die la… camne lak ni?



“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian (bujang) di antara kamu”.

Surah An-Nur: 32



"Nikah adalah sunnahku (jalan agamaku), maka barangsiapa yang cintakan agamaku hendaklah dia menjalankan sunahku itu”.

Riwayat Abu Ya’la dari Ibnu Abbas



“Berkahwinlah supaya kamu menjadi ramai, bahawasanya aku bermegah-megah dengan kamu akan segala umat pada hari kiamat hingga dengan anak yang gugur dari perut ibunya”.

Riwayat Abu Bakar bin Mardawiyah dari Ibnu Umar



2. Tapi saya x cukup duit laaaa nak kawin…. Huhu



“Dan orang-orang yang tidak mampu kahwin hendaklah menjaga kesucian (diri)nya, sehingga Allah memampukan mereka dengan karunia-Nya”.

Surah An-Nur : 33



Rasulullah S.A.W bersabda :

“Wahai kaum pemuda! Barang siapa di antara kamu sekelian yang sudah mampu memberi nafkah, maka hendaklah ia menikah, kerana sesungguhnya menikah itu lebih dapat menahan pandangan mata dan melindungi kemaluan (alat kelamin). Dan barang siapa yang belum mampu, maka hendaklah ia berpuasa, karena puasa itu dapat menjadi penawar bagi nafsu”.



3. Memang saya xcukup duit / xmampu nak kahwin, tapi kalau saya diam je, nanti kena “kebas” lak ngn org lain.…



Musa berkata kepada kaumnya: "Mohonlah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah; sesungguhnya bumi (ini) kepunyaan Allah; dipusakakan-Nya kepada siapa yang dihendaki-Nya dari hamba-hamba-Nya. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa."

Surah Al-A’raf : 128



“Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya.Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”

Surah Al-Hajj : 40



“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”.

Surah Alam Nasyrah : 5-6



Dikisahkan ketika tiba musim untuk memetik buah tamar, para sahabat r.a tidak sempat untuk memetik buah tamar kerana panggilan jihad daripada Rasulullah S.A.W. Lantaran itu, mereka meninggalkan kebun tamar mereka tanpa dipetik. Setelah berbulan mereka pergi berjihad, alangkah gembiranya hati mereka kerana Allah S.W.T masih lagi memelihara buah tamar mereka seolah-olah mereka meninggalkan kebun mereka semalaman.



Jika tentang kisah tamar Allah mampu memelihara, bagaimana pula tentang orang yang kita minat? Bertaqwa kepada-Nya, nescaya Allah juga mampu pelihara dia untuk dijadikan dia sbg jodoh kamu..





4. Tapi saya da syok kat dia.. I can’t live without him/her..



“Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat”.

Surah An-Nur : 30



“Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan) dari urusan (agama itu), maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui”.

Surah Al-Jatsiyah : 18



“Orang yang berjihad itu ialah mereka yang berjihad menentang nafsunya”.

Riwayat Bukhari



5. Ala.. saya bercinta bukan slalu pon dapat jumpa dia.. dia duduk jauh.. ktorang xpenah pon berdua-duaan…



“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk”.

Surah Al-Isra : 32



“Pandangan adalah panah beracun dari panah-pandah Iblis. Barangsiapa yang menundukkan pandangannya dari keelokkan wanita yang cantik karena Allah, maka Allah akan mewariskan dalam hatinya manisnya iman sampai hari kiamat”.

Musnad Ahmad



“Mata boleh berzina dengan melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia”.

Riwayat Bukhari Muslim



6. Tapi saya bukan hensem/ lawa mana pun, saya pun risau saya xde jodoh.. saya rasa cuma dia seorang je yang boleh terima saya..



“Maha Suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan, samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya”.

Surah Yasin : 36



“Dan Yang menciptakan semua yang berpasang-pasangan dan menjadikan untukmu kapal dan binatang ternak yang kamu tunggangi”.

Surah Az-Zukhruf : 12



“Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang”.

Surah Ar-Rum : 21



7. Rasa macam susah jek nak cari jodoh.. give up lah saya camni!



Abdullah Ibnu MAs’ud pernah berkata :

“Seandainya umurku hanya tinggal 10 hari sahaja untuk aku hidup, nescaya yang ku sukai ialah berkahwin supaya aku tidak menemui Allah s.w.t. (mati) dalam keadaan aku bujang”.



Dari Aisyah r.a. dari Rasulullah s.a.w., baginda telah bersabda :

“Barangsiapa yang mempunyai keluasan rezeki hendaklah berkahwin”.

Riwayat Ibnu Majah.



Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

"Barangsiapa yang tidak beristeri kerana takutkan kepapaan maka dia bukan dari golongan kami”.

Riwayat Abu Mansur Al-Dailami



Kesimpulan :

Cinta itu fitrah manusia, tapi jangan dijadikan ianya alas an untuk kita bercinta tanpa batasan. Kalau mampu, segera lah berkahwin. Kalau x mampu? Tahanlah nafsu!



Memang sedih tidak dapat bersama orang yang kita cintai / cinta tak berbalas, tapi lagi malang jika Allah tidak menyintai kita sebagaimana Allah menyintai para hamba-Nya yang betaqwa. Silap2 kita masuk Neraka-Nya dek kerana cinta nafsu kita!



Jika kita menjaga hubungan dan menolong agama Allah, PASTI & PASTI Allah jadikan dunia tunduk pada kita.. Salafusoleh telah pun berjaya, KENAPA KITA PULA TIDAK BOLEH BERJAYA SPT MEREKA?

copyright by facebook...:)

Wednesday, December 1, 2010

~PT5523~


ASSALAMUALAIKUM SEMUA.....

"Perpisahan itu selalu terjadi....." lagu KRU

sedih pula saya sbb akk2 senior dh nak kuar dh...(k.wana n k.dian)

i will miss both of u...:)

Ktrg ada wat mkn2 sikit ngn akk2 nii...

harap kepada kedua2 akk senior ku...Maafkan lah kesalahan kami semua,

jika ada terasa, terkasar bhasa n semua lh..maafkan lah kami...

time ni ktrg smbut bezday sekali...cuba teka sape????hi5

itu aja dr saya hari ni ye...

"Segala yg baik itu dr Allah, yg buruk itu dtg dr diri sendiri..."

Saturday, October 16, 2010

KhAS UtK WaNiTa MuSLiMaH......


Yang istimewa ustazah bagi amalan untuk menjaga kewanitaan kita supaya sentiasa jadi macam 'abkaro' menurut ayat dalam surah Al Waqi'ah. Abkaro ni perawan yang sentiasa menjadi perawan. Elok untuk orang yang lepas bersalin, elok juga untuk di amalkan setiap hari bagi perempuan yang sudah berkahwin,akan berkahwin dan belum berkahwin.. :)..insyAllah..
Caranya :-
1. Lepas Isya' ambil air segelas, baca Al Fatihah sekali, ayatul Qursi sekali, dan surah Al Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
2. Tiup dalam air dan minum.
3. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri kita untuk kebahagiaan rumahtangga yg dibina dan akan terbina.
Makna surah Al-Waqiah ayat 35- 38 :
"Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri- isteri mereka dengan ciptaan istimewa, Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya. (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan."

~Wanita~


Wanita.....
Dahulu dirimu tiada nilainya,
Kau ditanam jika rupamu tidak rupawan,
Kau dibesarkan jika memiliki raut wajah kecantikan
Sebagai pemuas nafsu dan barang dagangan
ketika kau dewasa kelak.....

Wanita.....
Diangkat martabatmu ke tahap tertinggi
Selepas Islam tersebar
Dipertahankan hakmu dan Islam membelamu
Dari terus dirosakkan oleh lelaki yang bertuhankan nafsu

Wanita.....
Sebaik-baik wanita adalah wanita solehah
Kau dijamin memasuki syurga terlebih dahulu sebelum suamimu,
Telah dijanjikan nikmat-nikmat yang baik untukmu
Kerana kau menjaga kesucian dan harga dirimu
Dan juga cintamu pada Tuhan-Mu

Wanita.....
Kau memiliki kelembutan
kelembutanmu mampu menggoncang dunia
Kelembutanmu mampu mencairkan dan mendamaikan para lelaki
Seperti mana damainya Firaun tatkala ditenangkan oleh Asiah
Ketika Musa ingin dibunuh olehnya(Firaun)

Wanita.....
Kau tahu dirimu begitu berharga
Kau tahu dirimu begitu bernilai
Kau juga tahu kesucianmu begitu berharga

TETAPI.....

Mengapa kau berikan mahkotamu bukan pada suamimu
Mengapa kau rela menggadaikan maruahmu kerana wang ringgit?

Adakah kau lupa?
Wanita adalah yang terbanyak sekali menghuni Neraka Allah!

Adakah kau lupa?
Janji ALLAH itu pasti ...

Wanita.....
Mengapa kau berasa takut dan malu
Selepas nafsumu dipenuhi
Mengapa baru terbit sifat malumu
Ketika kau mendapati dirimu telah hamil
Hasil perbuatan kejimu
dan kemudiannya kau mengambil jalan pintas
Menggugurkan kandunganmu,
membunuh anakmu,
membuang bayi kecilmu yang tidak mengerti apa-apa
walaupun zahirnya anak itu adalah hasil di luar pernikahan

namun...

Ingatlah
Setiap anak yang lahir di dunia ini fitrahnya adalah suci,
Ibarat kain putih yang bersih,
Ibu bapalah yang akan mencorak anak itu

Tetapi....
Hakikatnya,
Kau membuang zuriatmu,
Zuriatmu yang akan mendoakan kesejahteraanmu
ketika kau hidup, dan ketika kau sudah tiada,
Kau membuang zuriatmu di tempat-tempat yang merbahaya,
Menjadi santapan kepada haiwan-haiwan liar
yang sentiasa berkeliaran di mana-mana,

Wanita.....
Sedarlah.....
Sedarlah dari mimpi-mimpi yang tidak pasti,
Jangan kau biarkan dirimu disentuh oleh kumbang-kumbang larangan
Yang hanya ingin menghirup madumu,
Dan meninggalkanmu selepas ia merasa puas

Wanita....
Ingatlah dirimu begitu berharga
Biarlah kau dikatakan sombong
Asalkan kau tahu mana baik dan buruknya
Demi menjaga maruah dirimu
Jangan sekali kau serahkan jiwa dan ragamu
kepada kekasihmu....
kerana belum tentu ia akan menjadi suamimu....

Wanita....
Ingatlah sang lelaki amat bijak bermain kata-kata
Mereka amat bijak dalam tipu daya
Mereka akan berusaha mencapai apa yang mereka hajati
Sehingga mereka jemu dengan apa yang telah mereka rasai

Wanita.....
Tidakkah kau sedar semua ini
Mengapa kau masih bergembira dengan kekasihmu
Tidakkah kau sedar,
Dirimu sentiasa dalam pengawasan Tuhan-Mu?

Wanita.....
Sedarlah
Jangan kau mengikut jejak Jahiliyah
Hargailah dirimu yang tinggi d sisi islam
Hargailah mahkotamu yang sangat berharga
Insaflah dengan perbuatan silammu
masih belum terlambat untuk segalanya
Kerana TuhanMu itu Maha Pengampun, Lagi Maha Mengasihani'

Wanita....
Labuhkanlah cintamu kepada Tuhan-Mu
kerna Tuhan-Mu akan lebih mencintaimu
dan Dia akan memberi kepadamu cinta yang sebenar.....

Wanita....
Hiasilah dirimu dan Jagalah peribadimu
Semoga dirimu berjaya menjadi wanita yang solehah
dan disayangi oleh Tuhan-Mu